Kisah Si Bongkok - 1
Di bandar Basrah ada seorang tukang jahit yang kaya raya yang suka berseronok-seronok. Dia biasanya keluar bersama dengan isterinya untuk berhibur dan pada suatu malam tatkala dia balik ke rumah, dia bertemu dengan seorang yang bongkok. Tukang jahit itu mabuk, tetapi dia dan isterinya membawa si bongkok ke rumahnya kerana si bongkok pandai bermain tambur dan boleh berlawak menyenangkan hati mereka.kemudian tukang jahit keluar semula dan pergi ke pasar membeli makanan – daging, ikan, buah-buahan dan sebagainya bersedia untuk menjamu si bongkok dan semasa berseronok-seronok dan mabuk sambil menikmati permainan si bongkok, si suami secara berjenaka menyuapkan seekor ikan ikan ke mulut si bongkok. Kebetulan ikan itu bertulang besar dan tulang itu tersengkang di dalam tekak si bongkok. Si bongkok mati ketika itu juga.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home